Tuesday, March 22, 2016

Polar Baju Kurung Pertamaku

Assalamualaikum.

Ok lama cuti so hari ni kita sambung balik tutorial Baju Kurung Pertamaku. Takut entry ni jadi panjang menjela so we cut all the craps and jump to the second step.

Sebelum tu, siapa yang belum baca first step which is cara-cara nak ambil ukuran bolehlah baca entry tu dulu. Sebab kalau tak ada ukuran macam mana nak buat polar pulak kan.

Ok andaikan sekarang dah ada ukuran, kita pun dah catat kan ukuran tu jadi boleh start buat polar.

Ini ukuran yang Kak jeng nak guna untuk buat polar:
Bahu : 14"
Panjang baju : 37"
Panjang tangan : 20"
Buka tangan : 13"
Pangkal tangan : 17"
Panjang pesak : 20"
Lebar pesak (atas) : 2.5"
Lebar pesak (bawah) : 4.5"
Kekek : 3.75"

Ok, kita start dengan badan.


  • Sediakan kertas polar yang bersesuaian. Boleh guna kertas minyak, brown paper (lebih keras dari kertas minyak), kertas majung atau apa-apa kertas yang besar.
  • Ukur polar badan seperti ukuran yang anda telah buat.
  • Seperti contoh gambar, polar badan (bahu = 14", panjang baju = 37")
  • Untuk polar tangan juga sama.
  • Pindahkan catatan ukuran yang anda anda: panjang tangan, buka tangan dan lebar tangan.
  • Untuk point dari titik A ke titik D tidak perlu ukur, hanya sambungkan sahaja kedua-dua point tersebut.



  • Sekarang untuk polar kekek.
  • Caranya sama seperti melakar polar tangan.
  • Dari titik A ke titik D tidak perlu diukur, sambung sahaja dua titik tersebut.
  • Untuk kekek lebih mudah. Buat satu bentuk empat segi dengan ukuran kekek yang telah anda perolehi. Like my mine 3.75" x 3.75".
  • Kekek ukur keliling mesti sama ye.
  • Polar tebuk leher.
  • First kena tahu ukur lilit leher masing-masing. Ukur keliling leher dengan ukuran yang longgar. Maknanya pita ukur tu jangan melekat dengan leher.
  • Then buat satu bulatan dengan diameter sama macam ukur lilit leher masing-masing.
  • Like mine, ukur lilit leher = 18.5" so diameter adalah 9.25".
  • Dah dapat bulatan, buat pula satu garisan panjang dengan ukuran 4"
  • Kemudian, buat pula satu lagi bulatan (garis putus-putus) dan satu bentuk segitiga (garis putus-putus) dengan jarak 2.5" (atau boleh juga lebih besar hingga 4").
  • Bahagian garis putus-putus tersebut akan dipotong.

So siaplah polar kita. Untuk bahagian kain kita akan buat berasingan. Jangan lupa mark setiap polar tersebut, bahagian apa dan berapakah ukurannya. So the next time nak guna kita tahu ukuran setiap polar tersebut.



No comments: